Peningkatan angka aplikasi di Google Play Store boleh dikatakan agak pantas, dimana kali terakhir Google mengeluarkan angka rasmi, ia adalah sekitar 700,000 aplikasi. Dan mengikut penganalisa, ia diramalkan untuk mencapai 1 juta aplikasi menjelang bulan Jun kelak.
Pada masa yang sama, ia juga dikatakan terdapat kemungkinan yang mana angka aplikasi aktif pada Google Play mungkin mencapai angka 1 juta terlebih dahulu sebelum iTunes App Store.
Walaupun ramai pengguna sering melihat pada angka aplikasi yang ditawarkan, namun secara realitinya angka aplikasi yang digunakan pada sesuatu peranti itu secara aktif adalah kurang daripada 20 aplikasi. Pada masa yang sama, aplikasi yang dioptimasikan untuk skrin besar di Google Play Store masih sedikit berbanding iTunes AppStore.