Xperia Z Bakal Membawakan Sokongan Rakaman Video Dalam Bentuk HDR?

Xperia Z Bakal Membawakan Sokongan Rakaman Video Dalam Bentuk HDR?

Diterbitkan pada Jan 5, 2013 oleh .

Xperia Z daripada Sony merupakan peranti yang dinantikan ramai, dan dijangka akan diumumkan pada CES 2013 ini. Ciri-ciri baru padanya masih menjadi tanda tanya, dan kini ePrice berkongsi beberapa perkara baru mengenai peranti bersaiz 5-inci ini.

Sony Xperia Z

Daripada apa yang dikongsikan, ia dikatakan peranti Xperia Z ini bakal membawakan kerangka berupa “skeleton frame structure“. Apakah yang dimaksudkan dengannya, kami kurang pasti buat masa ini.

Xperia Z

Selain daripada itu, ia juga turut dikatakan Xperia Z akan menyertakan sokongan rakaman video dalam bentuk HDR padanya.

Ciri-ciri lain yang boleh dikatakan akan disertakan berkemungkinan adalah kalis air dan juga sebagainya.

Apa-pun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi pihak Sony pada acara CES 2013 tidak lama lagi.

TIPS & ULASAN