Carian
Gambar Cadangan Maskot Android OS Yang Terawal Diperlihatkan
January 5, 2013 Aman

Setiap perkara mempunyai sejarahnya tersendiri, dan sama juga untuk sistem operasi Android. Jauh sebelum ia diperkenalkan kepada umum, untuk pengenalan secara dalaman, maskot pertama dilakarkan dengan ringkas, dan kini gambar tersebut dikongsikan pembangunnya melalui laman Google+.

Dandroids

Dalam usaha untuk menjadikan pengenalan sistem operasi tersebut dikalangan pengguna dalaman Google lebih menarik, pembangunnya hadir dengan lakaran ringkas menggunakan Inkscape untuk beberapa maskot awal sistem operasi tersebut.

Maskot awal ini dikenali dengan nama “Dandroids” pada ketika itu, dan pelancaran sistem operasi mudah-alih tersebut dikenali dengan nama “R2-D2” (Release to Developers 2).

Jadi, apakah pendapat anda berkaitan dengan maskot awal Android ini? Apakah sekiranya ia kekal digunakan, maka Android akan membawakan imej yang menakutkan ataupun masih disukai ramai?

Komen