Samsung Bakal Memperlihatkan SMART TV Baru Pada CES 2013 Minggu Hadapan

Samsung Bakal Memperlihatkan SMART TV Baru Pada CES 2013 Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Jan 5, 2013 oleh .

Pada tahun lepas, Samsung telah mempertontonkan Samsung SmartTV dengan sokongan input suara dan juga gerakan, dan kini dengan CES 2013 yang menjelang tiba, mereka sekali lagi bakal memperkenalkan sesuatu yang baru dalam arena industri televisyen.

Samsung SMART TV

Buat masa ini, apakah perkara baru yang akan dibawakan masih menjadi tanda tanya buat masa ini.

Selain daripada SMART TV yang baru, pihak Samsung juga bakal memperkenalkan beberapa perkara baru yang lain, termasuk Samsung Smart TV Evolution Kit dan juga monitor dengan sokongan skrin sentuh.

Sama-sama kita nantikan apakah yang bakal dibawakan oleh Samsung pada acara CES 2013 minggu hadapan.


TIPS & ULASAN