Samsung Memperlihatkan Fungsi Jelly Bean Yang Akan Didatangkan Pada Galaxy S2

Samsung Memperlihatkan Fungsi Jelly Bean Yang Akan Didatangkan Pada Galaxy S2

Diterbitkan pada Jan 5, 2013 oleh .

Samsung telah menjanjikan kemaskini Jelly Bean untuk para pengguna telefon pintar Samsung Galaxy S2, dan kini sebuah dokumen hadir, berkongsi akan fungsi-fungsi baru yang bakal dibawakan bersama-sama dengannya kelak.

Samsung Galaxy S2

Daripada apa yang dikongsikan, ia diperkatakan Jelly Bean untuk Galaxy S2 kelak akan membawakan skrin utama yang ditambah baik, sokongan tatalan yang lebih lancar kesan daripada Project Butter, beberapa fungsi kamera yang ditambah-baik, fungsi Pop-up Play, Smart Stay dan beberapa yang lain lagi.

Kemaskini tersebut kelak dikatakan akan hanya ditawarkan melalui Samsung KIES sahaja, dan mungkin mengambil-masa sehingga 1 jam untuk selesai dipasang sepenuhnya.

Buat masa ini, bilakah kemaskini Jelly Bean akan diperkenalkan untuk pengguna Galaxy S2 masih tidak diketahui. Namun, dengan hadirnya informasi ini, mungkin kita akan melihat Jelly Bean untuk Galaxy S2 tidak lama lagi.

Samsung Galaxy S2 - Jelly Bean


TIPS & ULASAN