Terdapat pelbagai aplikasi pembaca RSS untuk Windows 8, dan salah satu aplikasi yang kami tertarik baru-baru ini adalah Nextgen Reader. Melaluinya, ia menawarkan integrasi Google Reader, membolehkan anda mengikuti pelbagai laman kegemaran anda dengan mudah melaluinya.
Sebaik sahaja memasangnya, anda akan dipaparkan dengan halaman untuk log masuk ke akaun Google, dan kemudian meminta kebenaran untuk sync akan data Google Reader kepada Nextgen Reader.
Dari segi antaramuka, ia menawarkan antaramuka yang amat ringkas dan menarik, serta mudah dikendalikan dan digunakan.
Nextgen Reader ditawarkan pada harga RM8.99 untuk pengguna Windows 8. Namun, bagi anda yang ingin mencubanya terlebih dahulu, boleh memilih pilihan “Try” dan memuat-turun serta mencubanya terlebih dahulu.
Bagi anda yang berminat, mungkin boleh menyemaknya di Windows Store hari ini.
- Muat Turun
- Muat-Turun Nextgen Reader untuk Windows 8