Setelah diperkenalkan lebih kurang tiga bulan yang lepas, nampaknya, kini peranti Samsung Galaxy S3 Mini telah pun mula kelihatan dikalangan penjual tempatan, dimana SenQ kelihatan menawarkan peranti tersebut pada harga RM1199.
Galaxy S3 Mini, seperti pada namanya membawakan rekabentuk menyerupai telefon pintar popular – Galaxy S3, tetapi dengan ciri-ciri dan spesifikasi lebih rendah.
Galaxy S3 Mini membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1GHz, memori sebanyak 1GB RAM, skrin bersaiz 4.0-inci dengan resolusi 800×480 pixel serta didatangkan dengan kamera 5-megapixel pada bahagian belakangnya. Dari segi ruangan storan, ia didatangkan dengan ruangan sebesar 8GB dengan sokongan mikro-SD, dan dilengkapi dengan bateri berkapasiti 1500mAh.
Ia tidak diketahui lagi sama ada pengedar rasmi Samsung seluruh negara telah mula menawarkannya ataupun belum buat masa ini.