Active Note Memudahkan Anda Menguruskan Aktiviti Dan Tugasan Harian

Active Note Memudahkan Anda Menguruskan Aktiviti Dan Tugasan Harian

Diterbitkan pada Jan 6, 2013 oleh .

Terdapat pelbagai perkhidmatan di web yang menyediakan kemudahan untuk mencatatkan to-do list dan seumpama dengannya. Untuk mereka yang inginkan sebuah aplikasi yang berfungsi secara offline di Windows 8, salah satu yang agak berguna adalah Active Note.

Active Note

Active Note membawakan pelbagai sokongan terbina pada Windows 8, termasuk kebolehan untuk snap, selain integrasi notifikasi dan juga Live Tiles padanya, membolehkan anda menguruskan ia dengan lebih mudah lagi.

Aplikasi ini ditawarkan secara percuma, dan walaupun rekabentuk antaramukanya agak kurang menarik, namun, dari segi fungsi, ia membawakan fungsi yang amat berguna bagi mereka yang mencari aplikasi untuk menguruskan aktiviti dan tugasan harian mereka.

Active Note

Bagi pengguna windows 8 yang berminat, boleh memuat-turunnya secara percuma daripada Windows Store, dan menggunakannya dalam menguruskan tugasan harian anda.

Muat-Turun ActiveNote untuk Windows 8


TIPS & ULASAN