Sony Mungkin Melancarkan Televisyen 4K OLED Di CES 2013?

Sony Mungkin Melancarkan Televisyen 4K OLED Di CES 2013?

Diterbitkan pada Jan 6, 2013 oleh .

Dengan acara CES 2013 yang bakal bermula secara rasmi pada minggu ini, pelbagai pengeluar televisyen akan hadir dengan tawaran masing-masing, dan nampaknya Sony turut sama tidak ingin ketinggalan dalam memperkenalkan televisyen mereka.

Mengikut beberapa sumber, ia diperkatakan Sony bakal melancarkan televisyen 4K OLED pertama didunia pada acara tersebut, mendahului pelbagai pengeluar lain.

Sebelum ini, pada tahun 2007, Sony menjadi yang terawal memperkenalkan skrin OLED bersaiz 11-inci, namun tidak begitu menerima permintaan ramai di pasaran.

Selain Sony, LG juga dijangka akan memperkenalkan televisyen OLED 4K mereka pada tahun ini.


TIPS & ULASAN