Cari @ Amanz

HTC Sense 5 adalah salah satu perkara yang dinantikan pengguna HTC dan juga beberapa pengguna Android yang meminati antaramuka tersebut. Dengan pelbagai laporan mengatakan peranti baru dengan nama kod HTC M7 akan menyertakan HTC Sense 5, kini dua gambar paparan skrin untuknya tertiris ke arena web.

HTC Sense 5.0

Daripada pelbagai laporan dan desas-desus sebelum ini, HTC Sense 5 dikatakan akan membawakan antaramuka yang lebih kemas dan ringkas berbanding sebelum ini, selain mengoptimasikan aplikasi HTC dengan lebih menyeluruh lagi.

Bagi pengguna HTC Sense 4+ sedia ada, mungkin perbezaan yang diperlihatkan pada paparan antaramuka ini tidak begitu jauh, dan masih mengekalkan elemen yang lebih kurang sama.

Mungkin kita akan dapat melihat lebih maklumat berkenaannya pada MWC bulan Februari kelak, ataupun sekiranya lebih awal, pada CES 2013 minggu ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd