Nokia Dilaporkan Telah Bersedia Untuk Kemaskini WP 7.8

Nokia Dilaporkan Telah Bersedia Untuk Kemaskini WP 7.8

Diterbitkan pada Jan 7, 2013 oleh .

Kemaskini Windows Phone 7.8 merupakan salah satu kemaskini yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia yang telah sedia memiliki beberapa model telefon pintar seperti Lumia 610, 710, 800 dan juga 900.

Ia dilaporkan Nokia telah pun bersedia dengan kemaskini Windows Phone 7.8, dan kini hanya menantikan kata putus pihak Microsoft sebelum memperkenalkannya kepada para pengguna mereka.

Pada masa yang sama, ia turut dilaporkan beberapa peranti baru keluaran Nokia seperti Lumia 800 telah pun sedia terpasang dengan platform operasi Windows Phone 7.8 padanya.

Windows Phone 7.8 membawakan beberapa fungsi baru padanya, termasuk salah satunya adalah kebolehan untuk mengubah saiz Tiles dan menjadikan skrin utama peranti mereka lebih memenuhi citarasa masing-masing.

Sebelum ini, pihak Nokia telah mengatakan kemaskini Windows Phone 7.8 akan dikeluarkan pada awal tahun 2013, dan mungkin kita akan dapat melihatnya tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN