Cari @ Amanz

Seperti mana yang dijanjikan, pihak DiGi telah pun mula menawarkan telefon pintar LG Nexus 4 untuk para pengguna tempatan, pada harga serendah RM1499 dengan komitmen bulanan dan pilihan pakej daripada DiGi.

DiGi Nexus 4

Daripada apa yang kelihatan, harga LG Nexus 4 di Malaysia adalah RM1649, dan masih tidak diketahui sama ada pengedar dan penjual yang lain akan menawarkannya ataupun sebaliknya.

Dengan DiGi, ia memerlukan pengguna melanggan pelan bulanan dengan komitmen sebanyak RM63 selama 24 bulan untuk membolehkan pengguna mendapatkan peranti tersebut pada harga RM1499.

LG Nexus 4 membawakan skrin bersaiz 4.7-inci, dan dilengkapi dengan cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz Krait, selain dilengkapi kamera 8-megapixel. Ramai yang menantikan telefon pintar berjenama Nexus ini memandangkan ia akan menerima kemaskini Android terus daripada pihak Google terlebih dahulu sebelum pelbagai peranti yang lain di pasaran.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd