NVIDIA Mengumumkan Tegra 4 Secara Rasminya

NVIDIA Mengumumkan Tegra 4 Secara Rasminya

Diterbitkan pada Jan 7, 2013 oleh .

Di CES 2013, hari ini, NVIDIA mengambil pentas utama, dan mengumumkan secara rasminya cip pemprosesan untuk peranti mudah-alih terbaru daripada mereka – Tegra 4.

NVIDIA Tegra 4

Tegra 4 dilabelkan sebagai cip pemprosesan paling pantas di dunia buat masa ini, dimana membawakan 72-teras GPU, CPU A15 empat-teras, dan juga sokongan 4G LTE terbina padanya. Seperti semua sedia maklum, ia beroperasi lebih pantas berbanding cip Tegra 3, selain mana pihak NVIDIA turut mengatakan pengoptimasian penggunaan tenaga bateri turut disertakan bersama-sama dengannya.

Daripada demonstrasi yang dipertontonkan, pihak NVIDIA membandingkan tablet dengan Tegra 4 bersama-sama dengan tablet terbaru Samsung, iaitu Nexus 10. Tegra 4 kelihatan berjaya membuka lebih 25 halaman web dalam tempoh hanya 10.50 saat, berbanding dengan Nexus 4 yang menghampiri 50 saat.

Tegra 4 - Web

Tegra 4 - Perbandingan

Selain daripada kepantasan penggunaan dan juga pelayaran web, ia kelihatan Tegra 4 juga turut menyertakan sokongan merakamkan gambar dalam bentuk HDR padanya, sekaligus membawakan rakaman gambar yang lebih jelas berbanding kebiasaan.

Tegra 4 - Kamera

Tegra 4 - Kamera


TIPS & ULASAN