NVIDIA Memperkenalkan Project Shield

NVIDIA Memperkenalkan Project Shield

Diterbitkan pada Jan 7, 2013 oleh .

NVIDIA sedia terkenal dengan pembangunan cip GPU mereka, dan hari ini, bersama-sama dengan pengumuman cip Tegra 4, NVIDIA turut sama memperkenalkan peranti permainan mudah-alih mereka tersendiri, dinamakan sebagai Project Shield.

Project Shield

Daripada apa yang dikongsikan, peranti ini membawakan masa permainan antara 5 hingga 10 jam, dan sekiranya menonton video HD menggunakannya, pengguna akan dapat masa tontonan sehingga 24 jam. Ia turut didatangkan dengan skrin bersaiz 5-inci dengan sokongan paparan 720p padanya.

Seperti semua sedia maklum, ia akan dijana menggunakan cip pemprosesan Tegra 4 padanya, selain menjalankan Android versi asli, tanpa sebarang penambahan padanya. Sokongan mikro-USB, HDMI, dan sebagainya turut didatangkan, menjadikan peranti ini lebih menarik lagi. Memandangkan ia menjalankan Android, maka pelbagai aplikasi lain turut boleh dijalankan padanya tanpa sebarang masalah.

Project Shield - Dibandingkan

Menariknya mengenai Project Shield ini adalah ia turut sama boleh diintegrasikan dan digunakan untuk memainkan permainan komputer, termasuk memainkan permainan daripada Steam dengan menghubungkan Project Shield ini kepada komputer masing-masing.

Buat masa ini, berapakah harga jualan dan bilakah ia akan mula dijual masih tidak diketahui sepenuhnya.

Project Shield


TIPS & ULASAN