Cari @ Amanz

Seperti mana yang dinantikan, akhirnya kini aplikasi Dropbox khas untuk Windows 8 telah pun dilancarkan, dan sedia untuk dimuat-turun semua secara percuma terus daripada Windows Store.

Dropbox

Seperti semua sedia maklum, aplikasi Dropbox untuk Windows 8 membawakan antaramuka yang dioptimasikan untuknya, berasaskan kepada Metro. Dari penggunaan kami, ia lebih menyerupai versi web, dimana pengguna boleh melihat fail dan folder yang terdapat padanya.

Apa pun, bagi kami, masih menyukai aplikasi Dropbox yang dipasang pada desktop disebabkan kebolehan untuk mengakses fail secara luar-talian tanpa sebarang masalah. Namun, pelbagai fungsi lain, seperti kebolehan membuka fail menggunakan aplikasi Windows lain, memuat-naik fail dan folder serta pelbagai perkara lain turut didatangkan bersama-sama dengannya. Pengguna juga boleh menggunakan sokongan carian pada Charm Bar dalam membuat carian fail-fail yang terdapat pada akaun Dropbox anda.

Dropbox

Dropbox

Bagi yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Dropbox untuk Windows 8 ini terus daripada Windows Store hari ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd