Video Demo NVIDIA Project Shield Dipertontonkan

Video Demo NVIDIA Project Shield Dipertontonkan

Diterbitkan pada Jan 7, 2013 oleh .

Lanjutan daripada pengumuman Project Shield oleh NVIDIA beberapa jam sebelum ini, kini mereka telah pun memuat-naik video promosi untuknya, memperlihatkan dengan lebih dekat bagi sesiapa yang terlepas aksi secara langsungnya.

Project Shield merupakan peranti mudah-alih memfokuskan kepada permainan daripada NVIDIA, dimana dijana menggunakan cip pemprosesan Tegra 4 yang turut diumumkan mereka hari ini.

Project Shield juga dijana menggunakan Android sepenuhnya, selain turut menyertakan sokongan untuk memainkan permainan dengan menghubungkan Project Shield ke komputer.

Berapakah harga jualannya dan tarikh pelancaran rasminya tidak diketahui buat masa ini. Namun, ia diperkatakan untuk disasarkan pelancarannya sekitar suku tahun kedua tahun ini.


TIPS & ULASAN