Apple hari ini mengumumkan yang mana pengguna iOS seluruh dunia telah memuat-turun aplikasi di AppStore lebih 40 bilion kali, dimana hampir separuh daripadanya, sekitar 20 bilion kali berlaku hanya pada tahun lepas – 2012.
Pada masa yang sama, Apple turut berkongsi dimana pembangun Apple telah menyediakan lebih 775,000 aplikasi untuk iPhone, iPad dan juga iPod Touch, selain pembangun yang telah dibayar lebih daripada $7 bilion daripada Apple melalui tawaran aplikasi mereka di AppStore.
Tahun 2013 semestinya lebih menarik dengan lebih banyak pengeluar dan gergasi hadir dengan platform mudah-alih mereka tersendiri, memberikan lebih pilihan kepada pengguna.
Apple turut berkongsi terdapat lebih 300,000 aplikasi yang dioptimasikan untuk iPad buat masa ini di AppStore.