Acer Mengumumkan Tablet Iconia B1 Secara Rasmi

Acer Mengumumkan Tablet Iconia B1 Secara Rasmi

Diterbitkan pada Jan 7, 2013 oleh .

Acer Iconia BSetelah pelbagai gambar dan info tertiris ke arena web sebelum ini, hari ini pihak Acer secara rasminya telah pun mengumumkan tablet bersaiz 7-inci daripada mereka, iaitu Acer Iconia B1.

Acer Iconia B1 merupakan antara tablet yang ringan di pasaran, membawakan bersama cip pemprosesan dwi-teras, dan dilengkapi dengan skrin WSVGA bersaiz 7-inci dengan resolusi 1024×600 pixel, memori sebanyak 512MB RAM dan juga ruangan storan terbina 8GB padanya.

Sokongan WiFi, Bluetooth 4.0 serta GPS turut didatangkan terbina padanya, dilengkapi dengan bateri berkapasiti 2710mAh pada tablet tersebut dan dijana menggunakan Android Jelly Bean.

Menurut pihak Acer, ia akan berharga bawah $150 (~RM456) dan akan mula dijual dibeberapa negara membangun tidak lama lagi.

Acer Iconia B


TIPS & ULASAN