Lenovo Dan Bluestacks Mengumumkan Kerjasama

Diterbitkan pada Jan 8, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Mungkin ramai pengguna komputer telah sedia mengenali Bluestacks yang menyediakan perisian App Player, membolehkan aplikasi Android dijalankan pada komputer. Hari ini, mereka mengumumkan kersama dengan pihak Lenovo secara rasminya.

BlueStacks

Dengan kerjasama ini, beberapa komputer baru keluaran Lenovo yang dijana menggunakan Windows 8 akan didatangkan bersama-sama perisian App Player terbina padanya.

Sebelum ini, pihak Bluestacks juga turut sama telah mengumumkan kerjasama dengan beberapa pengeluar yang lain, termasuk Asus, MSI, dan juga AMD.

Bagi pengguna yang ingin memasangnya sendiri pada komputer anda, boleh memuat-turun perisian Bluestacks App Player secara percuma, dan menggunakan pelbagai aplikasi Android pada komputer anda.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami