Cari @ Amanz

Perisian daripada Adobe, terutamanya beberapa perisian terkemuka seperti Photoshop, InDesign, Premiere Pro dan sebagainya boleh dikatakan agak mahal untuk pengguna perseorangan.

Photoshop CS2Namun, sekiranya anda ingin mendapatkannya secara percuma, kini pihak Adobe sendiri menawarkan koleksi perisian Creative Suite 2 mereka kepada para pengguna Windows dan Mac. Apa yang ditawarkan oleh Adobe melalui Creative Suite 2 yang berusia sekitar 10 tahun ini adalah;

  • Acrobat 3D
  • Acrobat Pro 8
  • Acrobat Standard 7.0
  • Audiotion 3
  • Illustrator CS2
  • InCopy CS2
  • InDesign CS2
  • Photoshop CS2
  • Photoshop Elements 4.0/5.0
  • Premiere Pro 2.0

Daripada percubaan kami, ia kelihatan pengguna hanya perlu mendaftarkan akaun Adobe, dan boleh memuat-turun dan mendapatkan kunci pengaktifan secara percuma.

Ia tidak diketahui sampai bilakah tawaran ini disediakan oleh pihak Adobe. Jadi, bagi yang berminat, mungkin boleh melayari laman tersebut, dan memuat-turunnya secara percuma hari ini.

Adobe CS2 Download

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd