DiGi Menawarkan Pilihan Prabayar Dan Pascabayar Untuk Pelan Komunikasi Belia

DiGi Menawarkan Pilihan Prabayar Dan Pascabayar Untuk Pelan Komunikasi Belia

Diterbitkan pada Jan 8, 2013 oleh .

Selepas pelbagai syarikat penyedia telekomunikasi telah pun menawarkan peranti-peranti terpilih melalui pakej khas untuk Pelan Komunikasi Belia, dan terkini, DiGi turut sama mengemaskini halaman mereka dengan menambahnya.

Daripada pihak DiGi, mereka memberikan dua pilihan, iaitu untuk pilihan pelan pascabayar ataupun prabayar, dimana peranti yang ditawarkan untuk kedua-duanya adalah berbeza.

Untuk pelan prabayar, DiGi menawarkan Samsung Galaxy Y dan juga HTC One X, manakala untuk pelan pascabayar, mereka menawarkan Samsung Galaxy Note 2 dan juga Samsung Galaxy S3 dimana masing-masing memerlukan pengguna melanggan pakej yang ditawarkan mereka sebelum mendapat rebat sebanyak RM200 untuknya.

DiGi - Pelan Komunikasi Belia

DiGi - Pelan Komunikasi Belia

Bagi mereka yang berminat, boleh merujuk kepada halaman rasmi DiGi untuk Pelan Komunikasi Belia, dan untuk mendapatkannya, terlebih dahulu memerlukan pengguna membuat permohonan melalui SKMM.


TIPS & ULASAN