Cari @ Amanz

Seperti mana yang dinantikan, pada CES 2013 hari ini, Lexus secara rasminya memperlihatkan kereta dengan sokongan pemanduan automatik mereka, sekaligus menunjukkan apakah yang bakal dibawakan oleh mereka dalam beberapa tahun lagi.

Lexus - Kereta Automatik

Buat masa ini, tiada sebarang informasi berkaitan bilakah ia akan dikomersialkan dan sebagainya diberitahu.

Sama seperti kereta pemanduan automatik yang diperlihatkan oleh Google, ia turut menyertakan pengesan 360-darjah pada bahagian atasnya.

Pihak Lexus turut menekankan, kereta tersebut hanya sekadar menyediakan bantuan pemanduan automatik sekaligus menyumbang kepada pemanduan yang lebih selamat. Ia turut dikongsikan, pemandu perlu sentiasa hadir dan mengendalikannya dalam memberikan pemanduan yang selamat.

Lexus - Kereta Automatik

Lexus - Kereta Automatik

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd