Cari @ Amanz

Sony Mobile, hari ini pada acara CES 2013, secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, Xperia Z kepada umum, serta berkongsi mengatakan ia akan ditawarkan pada suku tahun pertama 2013 ini.

Xperia Z

Xperia Z ini membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 1080p, serta dijana menggunakan cip pemprosesan empat-teras Snapdragon S4. Telefon pintar terbaru ini juga dilengkapi dengan kamera 13-megapixel, sokongan 4G LTE, serta didatangkan dengan memori 2GB RAM padanya.

Telefon pintar terbaru Sony ini juga membawakan kebolehan untuk merakamkan video dalam bentuk HDR, serta sokongan Batery Stamina Mode untuk membolehkan bateri padanya bertahan lebih lama berbanding biasa.

Xperia Z ini didatangkan dengan Android 4.1 Jelly Bean, dan akan dikemaskini kepada Android 4.2 tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd