Qualcomm Memperkenalkan Cip Snapdragon 800 dan 600

Qualcomm Memperkenalkan Cip Snapdragon 800 dan 600

Diterbitkan pada Jan 8, 2013 oleh .

Jikalau semalam pihak NVIDIA memperkenalkan cip Tegra 4, hari ini, Qualcomm pula dilihat mengumumkan dua cip baru, dinamakan sebagai Snapdragon 600 dan juga Snapdragon 800, dimana kedua-duanya akan hadir pada telefon pintar, tablet dan lain-lain peranti dalam tempoh tiga ke enam bulan lagi.

Qualcomm Snapdragon

Cip Snapdragon 800 akan hadir pada pertengahan tahun ini, dimana ia akan menyertakan prestasi penggunaan yang lebih baik, sehingga 75% lebih baik berbanding S4 Pro, penggunaan memori 800MHz LPDDR3, menggunaan binaan Krait 400 yang membawa kelajuan sehingga 2.3Ghz, serta penyertaan Adreno 330 GPU padanya.

Penggunaan Snapdragon 800 ini juga dilaporkan akan membawakan sokongan merakamkan video 4K pada kadar 30FPS.

Terlebih dahulu sebelum Snapdragon 800, Qualcomm akan memperkenalkan Snapdragon 600 yang mana merupakan variasi S4 Pro dengan sokongan kelajuan pemprosesan sehingga 1.9GHz, Adreno 320GPU, dan memori LPDDR3 padanya.

Kedua-dua cip pemprosesan ini turut sama akan menyokong rangkaian LTE padanya.


TIPS & ULASAN