Asus sering hadir dengan rekabentuk yang agak unik dan berbeza dengan yang lain. Terkini, mereka memperlihatkan peranti gabungan tablet dan juga desktop, dinamakan sebagai Asus Transformer AIO.
Peranti yang mengabungkan dua perkara ini membawakan dua CPU berbeza dan juga dua sistem operasi berlainan. Pada mod desktop, ia dijana menggunakan cip pemprosesan Intel Core i5 atau i7 dan menjalankan sistem operasi Windows 8, tetapi apabila ditanggalkan, ia akan membawakan tablet Android Jelly Bean dengan cip pemprosesan Tegra 3 padanya.
Dari segi saiz, ia membawakan skrin bersaiz 18.4-inci, yang mana mungkin agak besar untuk digunakan sebagai tablet biasa.
Ia tidak diketahui adakah data dan dokumen akan didapati pada dua mod berbeza tersebut, memandangkan menjalankan sistem operasi yang berbeza.
Buat masa ini, tidak diketahui lagi bilakah peranti gabungan AIO dan tablet ini akan mula dijual di pasaran.