Huawei Ascend Mate – Peranti Bersaiz 6.1-inci Diumumkan Secara Rasmi

Huawei Ascend Mate – Peranti Bersaiz 6.1-inci Diumumkan Secara Rasmi

Diterbitkan pada Jan 8, 2013 oleh .

Selepas pelbagai desas-desus dan laporan sebelum ini, di CES 2013 yang diadakan, hari ini gergasi dari China tersebut telah pun mengumumkan Huawei Ascend Mate secara rasminya.

Huawei Ascend Mate

Huawei Ascend Mate

Huawei Ascend Mate membawakan skrin bersaiz 6.1-inci dengan paparan 720p padanya, sekaligus menjadikan ia sebagai gabungan telefon pintar dan tablet, lebih kurang seperti keluarga Galaxy Note daripada Samsung.

Huawei Ascend Mate ini turut dilengkapi dengan cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz, memori sebanyak 2GB RAM, serta kamera 8-megapixel pada bahagian belakang. Ia turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4050mAh, membolehkan peranti ini digunakan sehingga 20 jam dengan hanya sekali pengecasan.

Huawei Ascend Mate

Huawei Ascend Mate

Peranti yang dijana menggunakan Android 4.1 Jelly Bean ini bakal dimulakan jualan di China pada bulan hadapan. Bilakah ia akan mula dijual di negara lain masih tidak diketahui lagi.


TIPS & ULASAN