Firefox 18 Sedia Dimuat-Turun Daripada Halaman FTP Mozilla

Firefox 18 Sedia Dimuat-Turun Daripada Halaman FTP Mozilla

Diterbitkan pada Jan 8, 2013 oleh .

Mozilla mengemaskini pelayar web mereka setiap enam minggu, dan kini, untuk tahun 2013 ini, mereka akan melancarkan versi terbaru, Firefox 18, berkemungkinan hari ini ataupun esok.

Namun, sementara menantikan pengumuman rasmi, fail pemasangan akhir untuk Firefox 18 telah pun dimuat-naik ke halaman FTP Mozilla, membolehkan sesiapa yang berminat menggunakannya terlebih dahulu, sebelum ia diumumkan secara rasmi.

Firefox 18 membawakan lebih pengoptimasian untuk HTML5 dan CSS3, selain turut menyertakan sokongan webRTC padanya. Ia turut menyertakan sokongan paparan Retina untuk pengguna OS X.

Bagi pengguna Windows, Mac dan Linux yang berminat, anda boleh memuat-turun Firefox 18 daripada halaman FTP mereka hari ini.


TIPS & ULASAN