Polaroid Hadir Dengan Kamera Berasaskan Android Dengan Sokongan Bertukar Lensa

Polaroid Hadir Dengan Kamera Berasaskan Android Dengan Sokongan Bertukar Lensa

Diterbitkan pada Jan 8, 2013 oleh .

Selepas Nikon dan Samsung, masing-masing hadir dengan kamera berasaskan Android, kini Polaroid turut sama memperlihatkan prototaip kamera berasaskan Android mereka di CES 2013.

Kamera Android Polaroid

Kamera daripada Polaroid ini dijana menggunakan Android 4.1 Jelly Bean, serta didatangkan dengan sokongan WiFi, dan lensa 10-30mm F2.8. Ia dilaporkan binaannya agak ringan berbanding kamera kebiasaannya, dan kebanyakkan binaan badannya adalah berasaskan platstik.

Kamera Android Polaroid

Kamera Android Polaroid

Kamera Android Polaroid

Sama seperti kamera Android yang lain, para pengguna boleh merakamkan gambar, dan membuat perkongsian ke pelbagai aplikasi termasuk Facebook dan Instagram dengan mudah.

Kamera Android daripada Polaroid ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada suku tahun kedua 2013 kelak. Mungkin maklumat lanjut berkaitan dengan pengubahan lensa dan sebagainya akan dikongsikan ketika pelancaran rasminya nanti.


TIPS & ULASAN