Samsung Memperkenalkan F8000 – Televisyen Dengan Cip Pemprosesan Empat-Teras

Samsung Memperkenalkan F8000 – Televisyen Dengan Cip Pemprosesan Empat-Teras

Diterbitkan pada Jan 8, 2013 oleh .

Seperti dijanjikan, Samsung hari ini telah pun memperlihatkan beberapa televisyen pintar mereka dibawah jenama Smart TV, dimana salah satunya dengan fokus utama adalah Samsung F8000.

Samsung F8000

Samsung F8000 didatangkan dengan cip pemprosesan empat-teras, sekaligus menjadikan ia televisyen Smart LED pertama didunia menggunakan cip seumpamanya. Dengan kuasa pemprosesan tinggi, ia membolehkan pengguna dengan mudah mengendalikan televisyen mereka, dan mengubah antara saluran, aplikasi dan perkhidmatan atas-talian lebih tiga kali ganda pantas berbanding kebiasaan.

Siri Smart TV untuk 2013 ini juga dilengkapi dengan pelbagai fungsi-fungsi menarik lain, termasuk SmartHub dan juga sokongan kawalan menggunakan suara.

Harga dan tarikh jualan ia di Malaysia masih tidak diketahui buat masa ini.

Samsung SmartTV


TIPS & ULASAN