Dunia sistem operasi mudah-alih agak menarik pada tahun ini, dengan pelbagai pilihan disediakan, dan pada CES 2013, Mozilla turut sama mengambil peluang untuk mendemonstrasikan sistem operasi mereka tersendiri, dinamakan FirefoxOS.
Mozilla terlebih dahulu memfokuskan pengeluaran peranti Firefox OS ini untuk pasaran negara membangun, dimana ia akan dilancarkan terlebih dahulu di Brazil, dimana peranti pertama akan dikeluarkan bersama-sama dengan pihak ZTE.
Firefox OS memfokuskan sepenuhnya kepada penggunaan sistem operasi berasaskan HTML dan juga CSS, dimana kebanyakkan aplikasi web yang dioptimasikan untuk peranti mudah-alih boleh digunakan padanya dengan mudah.
Pihak Mozilla juga dikatakan Firefox OS menggunakan pemprosesan yang lebih rendah, dan berfungsi lebih pantas berbanding Android.