Facebook Menguji Rekabentuk Timeline Dengan Satu Lajur

Facebook Menguji Rekabentuk Timeline Dengan Satu Lajur

Diterbitkan pada Jan 8, 2013 oleh .

Facebook boleh dikatakan sering menguji pelbagai perubahan pada laman sosial mereka, dalam memastikan pengalaman paling menarik diberikan kepada pengguna. Terkini, ia kelihatan gergasi laman sosial tersebut sedang menguji rekabentuk Timeline dengan paparan hanya satu lajur.

Facebook Timeline

Daripada ujian rekabentuk baru ini, ia kelihatan Facebook menetapkan ruangan pada bahagian kanan memfokuskan kepada komunikasi dan penggunaan aplikasi, sementara ruangan pada bahagian kiri diperluaskan, membolehkan lebih teks dan gambar diperlihatkan.

Pada masa yang sama, paparan info pengguna juga kelihatan berubah, termasuk paparan dalam bentuk tab yang lebih kemas, disamping nama yang dipaparkan pada bahagian gambar Cover Photo.

Ia tidak diketahui lagi sama ada rekabentuk ini akan diperkenalkan kepada semua pengguna, ataupun sekadar ujian awal pihak Facebook sahaja.

Facebook Timeline


TIPS & ULASAN