Carian
PaperTab – Prototaip Tablet Senipis Kertas
January 8, 2013 Aman

Dengan dunia teknologi yang semakin bergerak pantas, pelbagai peranti yang hadir dengan rekabentuk amat nipis. Tetapi bagaimanakah sekiranya sesuatu tablet itu hadir dengan ketebalan senipis kertas?

PaperTab

PaperTab

Pada CES 2013, salah satu prototaip yang diperlihatkan adalah PaperTab, yang mana membawakan fungsi tablet pada paparan plastik yang boleh dilenturkan dan kelihatan menyerupai kertas biasa.

Daripada video yang diperlihatkan, ia menunjukkan yang mana pengguna boleh berinteraksi antara satu PaperTab dengan yang lain, dimana boleh menghantar dan menerima sesuatu fail dengan hanya menyentuh, selain meletakkan ia bersebelahan untuk menunjukkan saiz paparan yang lebih besar.

Pengguna juga boleh mengawal penggunaan aplikasi ataupun pembacaan dengan melentur, membengkokkan dan sebagainya, sekaligus memudahkan proses pembacaan.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah PaperTab ini akan dikomersialkan.

Komen