TM Mula Menawarkan Streamyx 8Mbps Pada Harga RM160

TM Mula Menawarkan Streamyx 8Mbps Pada Harga RM160

Diterbitkan pada Jan 8, 2013 oleh .

Telekom Malaysia, selain daripada memfokuskan kepada UniFi, nampaknya masih tidak melupakan pengguna Streamyx, dimana terkini mereka mengemaskini tawaran mereka, dengan menambah pakej dengan kelajuan 8Mbps untuk Streamyx.

Streamyx 8Mbps

Streamyx 8MbpsUntuk pakej 8Mbps ini, Telekom Malaysia mengenakan caj sebanyak RM160 yang mana turut didatangkan dengan pelbagai perkara tambahan lain termasuk panggilan percuma ke semua talian TM seluruh negara.

Memandangkan pengenalan UniFi mengambil masa yang agak lama untuk diperkenalkan kepada semua lokasi, mungkin bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan talian internet berkelajuan tinggi ini boleh mendaftarkan diri untuk pakej Streamyx 8Mbps ini.

Selain daripada tawaran untuk pengguna rumah, pengguna dengan akaun perniagaan juga boleh melanggannya pada harga RM308 sebulan dibawah pakej Office in a Box.


TIPS & ULASAN