Kingston Memperkenalkan Pemacu Kilat Dengan Storan 1TB

Kingston Memperkenalkan Pemacu Kilat Dengan Storan 1TB

Diterbitkan pada Jan 8, 2013 oleh .

Kingston 1TBAdakah pemacu mudah-alih yang digunakan oleh anda pada hari ini tidak cukup ruangan storannya? Kini, pada acara CES 2013, Kingston secara rasminya mengumumkan pemacu kilat dengan ruangan storan 1TB dan mengatakan akan mula menjualnya pada suku tahun pertama 2013 ini.

Pemacu kilat dengan saiz storan sehingga 1TB ini dilengkapi dengan sokongan USB 3.0, membolehkan data dihantar dan diterima pada kelajuan sehingga 10Gbps.

Menurut pihak Kingston, ia menyokong pembacaan data pada kelajuan sehingga 240MB/s, manakala kelajuan penulisan sehingga 160MB/s.

Harga jualannya masih tidak diketahui buat masa ini. Namun, versi 512GB dijual pada harga sekitar $1750 (~RM5326.12).

Mengikut DBP, Thumb Drive dipanggil Pemacu Jari, Pen Drive dipanggil Pemacu Pena. Maka kami gunakan Pemacu Kilat untuk istilah umum – Flash Drive.


TIPS & ULASAN