Selain daripada televisyen SmartTV F8000 yang membawakan cip pemprosesan empat-teras, pihak Samsung juga turut sama memperkenalkan televisyen 4K mereka tersendiri yang bersaiz 85-inci.
Samsung UN85S9 ini juga boleh dikatakan membawakan rekabentuk yang agak menarik, serta bersaiz sedikit besar berbanding pengeluar lain yang memfokuskan kepada saiz 84-inci.
Samsung UN85S9 ini dijana menggunakan cip pemprosesan empat-teras sama seperti televisyen pintar terbaru mereka, disamping turut membawakan ciri-ciri menarik lain, termasuk sokongan mengawal menggunakan suara padanya.
Ia masih tidak diketahui bilakah televisyen ini akan mula dijual di pasaran Malaysia.