NASA Dilaporkan Menemui 461 Planet Yang Mungkin Mempunyai Makhluk Hidup

Diterbitkan pada Jan 8, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Angkasa lepas amat luas dan masih belum diteroka oleh manusia sepenuhnya. Lanjutan daripada laporan mengatakan kemungkinan kita menemui planet yang mempunyai makhluk hidup, kini NASA berkongsi beberapa info baru berkenaan dengannya.

Planet

Mengikut informasi yang dikeluarkan, ia dikatakan, melalui Kepler Space Telescope, sebanyak 461 planet diperkatakan berkemungkinan mempunyai makhluk hidup padanya.

Perkara menemui penemuan seumpamanya bukanlah sesuatu yang baru dimana sebelum ini, Kepler pernah menemui lebih 2,000 dunia seumpamanya, dan penambahan angka ini bukanlah perkara yang mengejutkan.

Penemuan planet ini dikongsikan berdasarkan kepada kedudukan planet daripada sesuatu bintang yang dilabelkan sebagai zon habitat. Namun, adakah terdapat sebarang makhluk didalamnya, masih tidak diketahui sepenuhnya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami