Atmel Memperlihatkan Skrin Sentuh Lengkung – Mengumumkan Kerjasama Dengan Asus

Atmel Memperlihatkan Skrin Sentuh Lengkung – Mengumumkan Kerjasama Dengan Asus

Diterbitkan pada Jan 8, 2013 oleh .

Pada CES 2013, pelbagai perkara baru diperlihatkan, dimana selain daripada PaperTab, Atmel memperlihatkan Atmel XSense, iaitu skrin dalam bentuk lengkung, sekaligus memberikan kebolehan pengeluar untuk hadir dengan peranti yang berbentuk berbeza berbanding kebiasaan.

Atmel Xsense

Dan sebagai permulaan, Asus yang sentiasa hadir dengan pelbagai rekabentuk unik mengumumkan kerjasama, serta mengatakan mereka akan memperkenalkan tablet yang menggunakan Atmel XSense dalam suku tahun pertama 2013 ini.

Buat masa ini, apakah yang akan disertakan pada tablet Asus itu masih menjadi rahsia dan tidak diketahui sepenuhnya. Semestinya ia akan menjadi salah satu peranti yang dinantikan ramai, apatah lagi skrin fleksibel telah menjadi salah satu topik perbualan ramai sejak daripada tahun lepas.

Layari : Halaman Rasmi Atmel XSense


TIPS & ULASAN