Ubuntu Phone OS Dipertontonkan Di CES 2013

Ubuntu Phone OS Dipertontonkan Di CES 2013

Diterbitkan pada Jan 8, 2013 oleh .

Sejak diumumkan pada minggu lepas, Ubuntu Phone OS telah hangat diperkatakan ramai, dan membuatkan ramai yang tidak sabar menantikannya. Mark Shuttleworth, hari ini sekali lagi memperlihatkan ia kepada para hadirin di CES 2013.

Seperti semua sedia maklum, tidak lama lagi, pembangunnya, Canonical bakal mengeluarkan fail pemasangan awal untuk digunakan pada Galaxy Nexus. Ia dikatakann Galaxy Nexus berupaya untuk menjalankan sistem desktop penuh Ubuntu Phone OS.

Untuk penggunaan sistem desktop penuh yang optimum, Mark berkongsi mengatakan sekurang-kurangnya memerlukan cip pemprosesan dwi-teras 1.5Ghz pada peranti mereka.

Disamping itu, daripada apa yang diperlihatkan, ia berfungsi lebih lancar berbanding yang diperlihatkan pada minggu lepas. Versi pembangunan terbaru untuk Ubuntu Phone OS dilaporkan telah dikeluarkan hari ini, yang mana meningkatkan lagi prestasi dan penggunaannya.

Peranti yang menggunakan Ubuntu Phone OS ini hanya akan dipasarkan pada tahun hadapan. Namun, daripada apa yang diperlihatkan, ia mendapat pelbagai reaksi positif para pengguna, sekaligus menjadikan ramai yang tidak sabar menggunakan sistem operasi pertama yang dioptimasikan untuk pelbagai saiz skrin.


TIPS & ULASAN