Firefox Untuk Android Bakal Membawakan Pelbagai Perkara Menarik Sepanjang Tahun Ini

Firefox Untuk Android Bakal Membawakan Pelbagai Perkara Menarik Sepanjang Tahun Ini

Diterbitkan pada Jan 8, 2013 oleh .

Firefox AndroidFirefox untuk Android merupakan salah satu pelayar web yang mempunyai peminat dan penggunanya tersendiri. Dan kini, pihak Mozilla sendiri, berkongsi beberapa perancangan mereka untuk tahun ini dalam menambah-baik pelayar web mudah-alih untuk platform Android itu.

Salah satu perancangan awal oleh pihak Mozilla untuk ditambah pada Firefox untuk Android ini adalah sokongan Private Browsing, sama seperti yang terdapat pada versi komputer.

Selain itu, Mozilla juga mengatakan, kelak pengguna boleh mengubah pelayar web Firefox untuk Android mengikut citarasa masing-masing, termasuk menambah tema dan sebagainya.

Mozilla turut mengatakan, pada tahun ini, mereka akan menyokong lebih banyak peranti Android, sekaligus membolehkan pengguna menggunakan pelayar web Firefox untuk Android pada peranti pelbagai saiz tanpa masalah.

Mozilla turut menekankan ia hanya sekadar perancangan awal, dan semestinya mereka mempunyai beberapa kejutan untuk pengguna sepanjang tahun ini.

Selain pelayar web Firefox untuk Android, Mozilla juga turut sama memfokuskan kepada Firefox OS pada tahun ini, dimana beberapa peranti yang menggunakannya dijangka akan mula dipasarkan di negara-negara membangun, bermula daripada Brazil


TIPS & ULASAN