Windows 8, seperti semua sedia maklum, telah pun didatangkan terbina dengan sokongan bahasa Malaysia, dan kini, Microsoft turut mengumumkan secara rasmi yang mana Office 2013 turut sama akan didatangkan dengannya.
Daripada penambahan ini, antaramuka dan juga kandungan sokongan pengguna akan didatangkan dalam bahasa Malaysia untuk Office dan Lync, selain sebagai Language Pack tambahan untuk pengguna SharePoint Server 2013.
Selain daripada sokongan bahasa Malaysia, Microsoft juga turut mengumumkan sokongan tambahan bahasa Indonesia dan juga Vietnam.
Buat masa ini, tarikh pelancaran rasmi Office 2013 masih belum dikongsikan oleh gergasi tersebut, dan mengikut pelbagai desas-desus sebelum ini, ia disasarkan pada suku tahun pertama 2013 ini.