Carian
Firefox 18 Dengan IonMonkey Kini Lebih 25% Pantas Menguruskan JavaScript
January 9, 2013 Aman

Walaupun telah boleh dimuat-turun melalui pelayan FTP sejak daripada semalam, kini, pihak Mozilla secara rasminya telah mengumumkan pelancaran pelayar web terbaru mereka – Firefox 18 kepada umum.

Perubahan utama pada Firefox 18 adalah penggunaan IonMonkey, yang menjadikan penggunaan aplikasi web dan juga permainan berasaskan web lebih 25% pantas berbanding biasa.

Selain itu, untuk pengguna Mac, Mozilla turut sama menambah sokongan paparan Retina. Pelayar Web Firefox ini juga dilengkapi dengan sokongan awal untuk WebRTC padanya.

Bagi para pengguna Windows, Linux dan Mac yang berminat, anda boleh memuat-turunnya hari ini, dan menggunakannya dalam pelayaran web harian anda.

Untuk pengguna Android pula, Mozilla lebih memfokuskan kepada sekuriti, dimana menambah fungsi keselamatan, melindungi pengguna daripada phishing dan juga malware.

Komen