Blizzard Merancang Untuk Mengeluarkan Satu Permainan Untuk Platform Linux Pada Tahun Ini

Blizzard Merancang Untuk Mengeluarkan Satu Permainan Untuk Platform Linux Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada Jan 9, 2013 oleh .

Tahun ini nampaknya dunia permainan pada platform Linux mendapat perhatian umum. Selain daripada ujian Steam untuk Linux yang sedang dijalankan oleh Valve, kini dilaporkan Blizzard Entertainment juga akan hadir dengan sekurang-kurangnya satu permainan pada tahun 2013 ini.

Blizzard

Blizzard Entertainment sedia popular untuk beberapa permainan mereka, termasuk World of Warcraft, StarCraft dan juga Diablo. Sebelum ini Blizzard mendapat kritikan ramai pengguna Linux memandangkan mereka menghalang pengguna Linux menjalankan permainan Diablo menggunakan Wine pada Linux.

Namun, kini dengan lebih ramai pengeluar memfokuskan kepada Linux, ia turut sama kelihatan menarik minat pihak Blizzard.

Jadi, sama-sama kita nantikan permainan apakah yang akan diperkenalkan oleh Blizzard untuk platform Linux pada tahun ini.


TIPS & ULASAN