Lebih 60 Juta Lesen Windows 8 Telah Terjual Sehingga Kini

Lebih 60 Juta Lesen Windows 8 Telah Terjual Sehingga Kini

Diterbitkan pada Jan 9, 2013 oleh .

Dengan pelancaran Windows 8 pada bulan Oktober 2012 yang lepas, semestinya ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah prestasi jualannya di pasaran. Hari ini, di CES 2013, Microsoft berkongsi angka terkini jualan mereka bersama yang lain.

Mengikut Microsoft, sehingga kini, mereka telah menjual lebih 60 juta lesen termasuk kepada pengeluar komputer dan juga yang mengemaskini sistem operasi mereka.

Ia masih tidak diketahui sama ada angka jualan tersebut termasuk jualan kepada syarikat dan juga perniagaan ataupun sebaliknya.

Sebelum ini, pada penghujung November yang lepas, Microsoft mengatakan sebanyak 40 juta lesen telah terjual di seluruh dunia, dan kini memperlihatkan penambahan 20 juta lagi sejak daripadanya.


TIPS & ULASAN