Cari @ Amanz

Panasonic Memperkenalkan Tablet Windows 8 Bersaiz 20-inci Dengan Paparan 4K

Oleh Aman

Link Copied!

Tablet sedia ada di pasaran hari ini mungkin kurang berkuasa untuk penggunaan industri mahupun pengguna profesional. Khas untuk mereka, kini Panasonic hadir dengan sebuah tablet khas yang dijana menggunakan Windows 8.

Tablet Panasonic 20-inci 4K

Tablet prototaip terbaru Panasonic ini bersaiz 20-inci, dan didatangkan dengan paparan resolusi 3840×2560 pixel padanya dengan 230PPI. Ia turut dijana menggunakan cip pemprosesan Intel Core i5 1.8Ghz, serta dikatakan akan disertakan bersama-sama pemprosesan grafik NVIDIA GeForce.

Peranti prototaip awal ini dikatakan turut dilengkapi dengan memori sebanyak 4GB RAM dan juga ruangan storan sebesar 128GB SSD. Tiada maklumat berkaitan kapasiti bateri yang diketahui buat masa ini.

Selain daripada sokongan skrin sentuh, pengguna juga dilihat boleh membuat input menggunakan pena digital oleh Anoto.

Harganya dan bilakah ia akan dipasarkan masih tidak diketahui buat masa ini. Namun, memandangkan ia mensasarkan kumpulan pengguna profesional dan industri, harganya mungkin agak mahal, apatah lagi dengan spesifikasi tinggi yang dibawakan olehnya.

Tablet Panasonic 20-inci 4K


Komen ()