Selain daripada Huawei yang memperkenalkan beberapa peranti terbaru mereka, ZTE turut sama tidak ketinggalan, dimana pada acara CES 2013 yang diadakan, mereka secara rasminya memperkenalkan peranti Grand S yang diura-ura akan selama ini.
ZTE Grand S adalah peranti berspesifikasi tinggi daripada ZTE, dimana ia didatangkan dengan skrin bersaiz 5-inci dengan resolusi 1920×1080 pixel (440PPI), dilengkapi dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon S4 Pro 1.7Ghz, memori sebanyak 2GB RAM, ruangan storan sebesar 16GB, serta sokongan LTE padanya.
Grand S ini juga turut sama dilengkapi dengan kamera 13-megapixel, serta didatangkan bersama-sama Android 4.1 Jelly Bean padanya.
Peranti ini akan dijual di China pada suku tahun pertama 2013 ini, dan mungkin kita akan melihat ia dipasarkan di beberapa negara lain selepas itu.