Cari @ Amanz

Pada bulan Disember yang lepas, Nokia secara rasminya memperkenalkan Lumia 620 kepada umum, yang mana membawakan peranti mampu milik bersama-sama Windows Phone 8. Hari ini, ia turut dilancarkan untuk pasaran Malaysia secara rasminya.

Lumia 620 membawakan skrin bersaiz 3.8-inci, cip pemprosesan dwi-teras 1GHz Qualcomm Snapdragon S4, memori sebanyak 512MB RAM, kamera 5-megapixel pada bahagian belakang dan beberapa sokongan lain termasuk NFC dan juga kebolehan menambah ruangan storan melalui kad mikro-SD.

Untuk pasaran Malaysia, ia akan mula dijual secara rasminya bermula hari Jumaat ini, 11 Januari 2013, dimana pengguna yang berminat boleh mendapatkannya daripada para pengedar tempatan pada harga RM799.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd