Cari @ Amanz

Facebook akhir-akhir ini dilihat agak aktif dalam arena aplikasi mudah-alih, dan kini telah mula menghantar jemputan kepada media-media di Amerika Syarikat, mengatakan mereka bakal memperlihatkan sesuatu yang baru pada tarikh 16 Januari 2013 ini.

Apakah yang bakal diperlihatkan oleh laman sosial gergasi itu masih menjadi tanda tanya, dan ada beberapa pihak membuat spekulasi, Facebook mungkin akan hadir dengan telefon pintar mereka.

Adakah ianya benar masih tidak diketahui lagi. Baru-baru ini, Facebook telah memperkenalkan sokongan penghantaran mesej bersuara, dan turut sama mula menguji panggilan suara dikalangan pengguna Facebook di Kanada.

Jadi, apakah yang bakal kita lihat daripada Facebook pada tarikh tersebut nanti?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd