Microsoft Bakal Mematikan Windows Live Messenger Pada 15 Mac 2013

Microsoft Bakal Mematikan Windows Live Messenger Pada 15 Mac 2013

Diterbitkan pada Jan 9, 2013 oleh .

Microsoft sebelum ini telah berkongsi perancangan untuk mematikan Windows Live Messenger, selain turut memulakan promosi dalam mengalakkan pengguna berpindah menggunakan Skype.

Skype - Live Messenger

Kini, mereka turut sama mengesahkan, mengatakan perkhidmatan Windows Live Messenger akan dimatikan pada 15 Mac di seluruh dunia (kecuali untuk pengguna di China).

Sebagai ganti untuknya, Microsoft mengalakkan pengguna menggunakan Skype, yang mana membawakan lebih banyak fungsi-fungsi menarik padanya.

Selepas tarikh tersebut, pengguna tidak lagi akan boleh mendaftar masuk ke Windows Live Messenger, dan sebuah notifikasi akan dipaparkan untuk membolehkan pengguna memuat-turun klien Skype.


TIPS & ULASAN