Pada minggu ini, Sony Mobile telah pun mula menawarkan telefon pintar terbaru mereka untuk pengguna tempatan, iaitu Sony Xperia V, yang mana mula dijual pada harga RM1599 untuk pasaran tempatan.
Xperia V telah diperkenalkan oleh Sony pada penghujung tahun lepas, membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz, skrin bersaiz 4.3-inci, kamera 13-megapixel, serta dijana menggunakan sistem operasi Android 4.0 Ice Cream Sandwich.
Sony turut menyertakan pelbagai ciri-ciri tambahan, termasuk kalis air serta sokongan LTE padanya.
Pengguna tempatan boleh mendapatkannya daripada para pengedar rasmi tempatan. Selain Xperia V, Sony juga telah mula menjual Xperia TX dan juga Xperia Tablet S di Malaysia sebelum ini.