Jikalau sebelum ini, LinkedIn pernah berkongsi mengatakan mereka mempunyai lebih 1 juta pengguna di Malaysia, kini, melalui angka terbaru yang dikeluarkan, laman sosial profesional tersebut dilaporkan mempunyai lebih 200 juta pengguna seluruh dunia.
LinkedIn merupakan salah satu laman sosial yang memfokuskan kepada pengguna profesional, dimana ia dibahagikan kepada pelbagai kategori, dan membolehkan pengguna berkongsi resume mereka dengan mudah.
LinkedIn juga kini sering digunakan ramai dalam mengambil pekerja baru, serta telah menjadi salah satu lokasi utama dalam mencari pekerja yang dikehendaki.
Pada tahun lepas, LinkedIn telah melancarkan laman mereka dalam bahasa Malaysia, dan mungkin kita akan dapat melihat lebih perkembangan positif daripada laman sosial tersebut dalam bulan-bulan akan datang.